Dreaming until you see the Wonderland
Korean-Style-Earmuffs-Girl

Annyeonghasseyo and Assallammuallaikum chingu , harini hari yang patut orang balik kampung jumpa atok nenek dan keluarga lain . Tetapi seorang gadis yang nama dia J.fo cuma berada di rumah sahaja dan melayari 'B' oren , muka buku dan lain-lain .Gadis itu berasa sangat bosan dan telah mengambil keputusan untuk mengupdate post tetapi semasa dia sedang mengupdate post dia tidak tahu untuk menulis apa di 'B' oren ini *seperti sekarang*.Dan tiba-tiba setelah beberapa minit telah memikir untuk mengetype apa , dia terdengar seseorang mengetuk pintu dan dia berangan akan ada seorang makcik tua memberi buah epal yang merupakan racun untuknya seperti cerita Snow White *tapi ni versi lain* . Jadi dia tidak berani untuk membuka pintu kerana keberangannya itu , tapi setelah itu dia terdengar bunyi leteran yang berbunyi 'sapa takmau bukak pintu satgi mama tutup facebook nanti' . Dan dengan bunyi leteran itu , gadis itu terus membuka pintu dan tiba-tiba seorang lelaki tak kacak ingin mencari tuan kepada kasut Cinderella itu . Sambil itu lelaki itu memegang keset yang mengeluarkan bunyi leteran itu , gadis itu sudah berkata sebanyak banyak mungkin kali bahawa dia bukan pemilik kasut itu . Tetapi tuan itu tak percaya , gadis itu terus masuk ke dalam rumah dan mengunci tingkap , pintu dan benda benda lain . Selepas itu , dia menangkap gambar dan memasukkan ke dalam muka buku. Tujuannya untuk memberitahu dia berada dalam keadaan kecemasan , posenya seperti ini .


Semasa dia sedang menangkap gambar itu beberapa kali supaya kelihatan cantik gambarnya dan boleh dapat banyak like *batak hot rupanya dia ni* . Tiba tiba dia ternampak arnab yang bewarna hijau berlari dan arnab tersebut menyuruh gadis itu mengikutinya , gadis itu pun mengikutinya dan dia termasuk dalam satu lubang yang sebesar lubang tandas . Dia terus menjadi kecik , dan dia ternampak mesin cahaya masa Doraemon dan dia terus menaikinya dan sekarang dia berada di Jepun dan tidak lama lagi akan ke Korea untuk melawat artis kegemarannya Iu . Habislah cerita ini , sapa nak cerita dekat atas pentas Ahad ni angkat kening. Happy ending la ini dipanggilnya , moral dia apa . Hampa cari sendiri la , malas nak reka dah . Assallammuaalaikum