What kind of feeling is this ?

Annyeonghasseyo and Assallammuallaikum chingu , lama tak update blog noo . Biasalah sebuk dengan PBS la nii , sebenarnya tajuk tu takdak kaitan pon . Ahakahak , padam muka kena tipu . Harini walaupun takdak apa nak cita , tapi berpura-pura ada cita okay *sambil kelip mata* . Sekarang ni orang semua pakat balik asrama , semakin ramai la orang bukak muka buku , burung biru dan engkau yang baju oren yang kau tengah baca ni laa *tak paham dok diam sudah* . Disebabkan itu , internet kat rumah aku jadi macam sipuut . Macam nak aku makan internet ni kang dan jadikan siput . Besok Hari Raya Aidiladha , aku dok rumah jaa . Tak boleh nak balik kampung , kalau balik kampung tinggal rumah ja . Orangnya takdak , tapi nak kena kemas rumah sebab nanti nenek nak mai rumah nak singgah *bersama kitkat*.Semalam ada berita mengejut yang amat mengejut dan amat amat mengejut dan boleh buat orang mengejut dan semua orang mengejut dan dunia pon mengejut dan aku tidur . Tadak apa pon , saja kelentong hampa kali kedua . Hari Selasa nanti sekolah balik , Alhamdullillah tak la rasa boring dok kat rumah . Nanti masa nak habis sekolah sah banyak orang nangis , aku sah dah . Tapi ada geng ni nak habis sekolah baru nak mula gaduh , awat bukan awai-awai lagi gaduh senang cerita . Sebab mula-mula aku pun tak kenai hampa gi , bagi aku kalau rasa sapa yang salah aku rasa dua dua pakat salah . Yang tak salah ialah Gary aku . Ahakahak , kena kelentong . Okay sekarang taktau dah nak cakap apa , jadi habislah post hari ini.Post hari ni saja-saja nak test ja blog baru , ahak ahak kena tipu lagi . Assallammuallaikum .