Kem Bestari Solat :)

Annyeonghasseyo and Assallammuallaikum chingu , lupa nak bgitau lepas balik Lebah Bujang Trip tu terus cikgu Wan kata hari Khamis haritu ada KBS * Kem Bestari Solat* . Ada sampai 3 hari 2 malam , masa mula-II semua pakat kata tamau pi lah 3 haritu . Sebenarnya aku pun takmau pi , tapi dah sebab diWAJIBkan untuk semua Tingkatan 1 pi . Dah nak buat camna dah , Dahla takleh bawak camera ka apa ka . Masa hari pi tu *Khamis* kena pi pagi , malu gila dok angkat beg besar naik atas bas . Driver bas aku kata apa *Lu mau lari lumah ka* . Lepastu bila turun orang semua dok usya , nasib baik aku jumpa kawan aku . Taklah malu sangat , lepastu kena dengar ceramah,ceramah,ceramah dan kenal dengan abg dan kakak fasi . Semua kakak-II fasi comel-II , tambah tambah lagi kak Barbie Doll . Lepastu kena dok dalam kumpulan pulak , tiba-II ada petukaran kena la tukar kumpulan . Dulu aku kumpulan 8 , lani kumpulan 6 . Tapi tetap fasi yang sama , dah ada jodoh takkan ke mana . Lepastu nak kena pilih ketua kumpulan , okay ada orang cadang aku . Alhamdulillah jadi ketua kumpulan , walaupun aku takmau . Lepastu bila waktu kendiri , bila dalam surau nak pi mandi apa semua . Aku bukak la tudung , lepastu semua pakat terkejut . Aku pun taktau pasaipa depa dok kata *syu comel gila , korea korea , nak jadi girlfriend hang* . Aku pun taktau tu pujian atau apa , lepastu masa malam pulak . Bila nak tidor tu semua pakat dok hingaq macam pa gi , kakak fasi yang garang tu mula marah dah . Ada yang tengah makan kopok . Haishh , dunia ni penuh dengan cabaran . Aku tidur pukul 12:30 bangun pukul 2:30 . Nasib baik pukul 4:30 dan tidor gi , kalau tidak ?!!!! Hari Jumaat hari yang best , lepas sembahyang Asar kami ada Explorace . Checkpoint yang pertama kena cari Kak Hayati , lepastu kak Hayati kena bagi soalan kat salah seorang kumpulan kami . Bila kak Hayati tanya kat sorang ni suruh baca doa qunut , dia takleh baca jadi kami kena denda . Denda yang *bwekkkk* , kami kena kongsi 1 roti Gardenia tanpa menggunakan tangan . Lepastu kena minum air teh yang pahit , Kami ada permainan ketapi-ketapi . Kami kena tutup mata , aku kena dok depan sekali . Kak tu kena pegang tangan aku , kak tu dok kata *kita dah sampai Hutan Hujan Tropika , ada ular la* . Sebenarnya tadak pon , kalau orang tengah dok tengok kami dok buat apa sah dok gelak terbahak-II . Lepastu sampailah checkpoint yang ke -3 , kami tak kena denda kat Checkpoint tu . Kena cari kak yang ada taik lalat pulak , masa perjalanan nak pi checkpoint tu . Kami kena berzikir kalau tidak kena denda , nasib kat sekerat jalan kami ingat kena zikir , Bila sampai checkpoint ke-5 , kena cari kak yang sudah berkahwin . Kak Shi la yang dah kahwin tu , lepastu kena pilih antara ahli kumpulan yang paling dipercayai . Kami pun pilih la Tenggik , lepastu Kak Shi bagi soalan tentang Tenggik . Nasib baik aku tau perkara tentang Tenggik , bila sampai checkpoint tu tak kena denda tapi dapat makan kenduri . Kena calit apa entah dekat muka , haishh . Lepastu sampailah checkpint yang terakhir , kena jumpa kakak Barbie Doll . Kami tak kena denda masa checkpoint tu , lepastu kak tu kata ketua pi dekat tempat bola keranjang dan ahli lain pi kantin . Aku pun lari la pi sana , tiba-tiba tadak orang pon . Aku sorang ja pompuan pi sana , dah la tengah dok calit benda putih tu dekat muka . Semua pakat dok usya pelik , lepastu bila pi sana ada abang fasi orang putih *kulit dia putih* dok usya pelik . Lepastu dia kata yang tadi dah ada dah pemenang dia dan kata pi la basuh warna putih tu , teruk ngat aih muka . Hahaha , dalam hati aku nak tergelak terbahak-II . Lepastu lari la pi kantin , bila malam tu ada munasabah diri . Masa tu la semua pakat dok nangis macam baby , keluar habis hingus-II . Salam kakak-II fasi la , bila tidor semua pakat mata bengkak . Hari esok tu la hari terakhir KBS , Syahira balik awai . Tak syok aaa , walaupun kumpulan kami tak menang kumpulan terbaik tapi yang penting kami seronok . Okay hari Ahad ni ada penyampaian hadiah untuk kuiz Jalur Gemilang , Taktau la sapa yang menang . Berdoa agar aku menang ya kawan-II , INSYALLAH . Okay Assallammuallaikum chingu :)